Wednesday, March 23, 2011

Simpanan Emas Ar-Rahnu Adalah Perniagaan

 Simpanan emas bukan lagi sesuatu yang asing bagi golongan bumiputera di Malaysia.  Suatu ketika dahulu, emas fizikal berbentuk jongkong hanyalah dianggap aset untuk golongan mewah kerana pandangan masyaraat yang tidak memahami kepentinganya.

Perkara ini menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak menjadikan emas jongkong sebagai aset simpanan. Kini, emas menjadi pilihan kerana ia terbukti sebagai penyimpan nilai tunai dan serta memberi keuntungan kepada pemilik dari segi kenaikan harga.  Terdapat banyak syarikat menjual emas jongkong di Malaysia.  Pelbagai sistem dan promosi ditawarkan kepada orang ramai dalam usaha mengoptimumkan jualan.  Namun begitu perlu diingatkan bahawa emas tergolong dalam portfolio pelaburan dan bukan sekadar simpanan sahaja. Terdapat pelbagai cara untuk memaksimumkan keuntungan melalui pembelian emas jongkog ini.

Sebagai sebuah syarikat bertaraf peniaga emas jongkong setaraf antarabangsa,  SERAMBI EMAS mempunyai kriteria tertentu dan layak dikenali dengan sebegitu.  Tidak ramai pembeli atau pemilik emas mengetahui taraf emas yang mereka miliki dinilai berdasar  kepada ketulenannya.  Namun begitu, emas jongkong yang diiktiraf oleh London Bullion MarkerAssociation (LBMA) juga turut mendapat pengiktirafan seluruh dunia.  Tidak semua pengilang mendapat pengiktirafan seperti itu.  Sekiranya emas yang dibeli tidak di iktiraf oleh LBMA, kesannya tiada jaminan pembelian semula.  Seringkali pemilik ditekan oleh pembeli sewaktu urusan jual semula.  Begitu juga senarionya sekiranya emas itu dijual di luar negara.  Emas yang mendapat pengiktirafan LBMA mudah dibeli semula dengan harga berdasarkan Local London.

SERAMBI EMAS juga memberikan penekanan ilmu emas secara menyeluruh kepada wakil jualannya.  Wakil jualannya lebih memahami keperluan atau sasaran prospek dalam proses pemilikan atau smpanan emas ini.  Dengan program yang ditawarkan oleh SERAMBI EMAS melalui kemudahan Ar-Rahnu, kini bukan sahaja golongan berpendapatan besar mampu menjadikan emas jongkong sebagai simpanan tetapi golongan berpendapatan rendah dan sederhan kini sudah mampu memiliki.

Dengan wujudnya program yang menggunakan kemudahan Ar -Rahnu ini, emas milik pembeli berada di tempat yang selamat serta terhindar dari konsep RIBA.  Berdasarkan surah Al-Imran ayat 130, Allah berfirman "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. Peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir".

Melalui ayat itu, Allah memberi ingatan kepada orang islam untuk mengelakkan riba dalam sebarang urusan perniagaan termasuk dalam usaha menambahkan pendapatan ataupun aset.  Menurut islam juga bukan sahaja orang yang menerima riba, tetapi termasuk juga dengan pihak pemberinya sekali.

Dalam tempoh lima tahun mengikut program yang dinasihatkan syarikat, pemilik emas dijangka akan dapat mencapai keselesaan dalam soal kewangan mereka.  Namun jangan dilupakan Allah juga berfirman dalam surah At-TAubah:34, "Dan orang -orang yang menyimpan emas dan perak tidak membelanjakannya di jalan Allah maka beritakanlah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang sangat pedih".

Melalui SERAMBI EMAS khidmat nasihat turut mengajar pemilik bagaimana untuk membayar zakat.  Untuk maklumat lebih lanjut mengenai konsep pemilikan dan simpanan emas melalui SERAMBI EMAS, anda boleh menghubungi di Wilayah tengah 03-42528808.