Wednesday, January 26, 2011

iZ 24K Pure Gold

Kecantikan luaran dan dalaman adalah elemen penting untuk menjaga penampilan.  Penjagaan awal merawat kulit membuatkan wajah cantik berseri walaupun usia  menjangkau separuh abad. Rangkaian produk yang mengandungi 24 k Pure gold collagen bertindak sebagai produk asas untuk kecantikan dan penjagaan kulit wajah.  Produk tanpa pengelupasan dan kesan sampingan memudaratkan mengandungi 3 kali ganda kandungan 99% hablur emas yang bertindak sebagai anti penuaan. 

Biasanya emas hanya dikenali sebagai perhiasan wanita yang mempunyai nilai tinggi di mata masyarakat.  Lagenda kecantikan zaman dulu membuktikan ia bukan untuk tujuan itu sahaja apabila penggunaan emas turut dimanfaatkan ketika rawatan kecantikan wanita. Kajian saintifik membuktikan emas mampu mengalakkan penyerapan molekul  oksigen ke dalalm kulit serta membolehkan fungis selular atau sel berada pada tahap paling tinggi yang menghasilkan kulit sihat berseri. 

Kajian juga mendapati ramai wanita kelihatan tua sebelum usia yang mana wanita baru berumur  25 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun akibat masalah kulit disebabkan tiada penjagaan yang betul.  Faktor semulajadi yang menyebabkan pembentukan kedutan adalah akibat sinaran matahari secara terus kepada kulit dan penggunaan kosmetik mengandungi bahan kimia yang mempercepatkan lagi kedutan di wajah.

Penggunaan kolagen boleh membantu mengatasi masalah kulit kerana bertindak mengantikan kolagen lama kepada kolagen baruselain membantu memulihkan tisu kulit yang rosak.  Punca penuaan kulit disebabkan pengurangan kolagen dan ditambah kehadiran pigmentasi yang menyebabkan wajah hilang seri. Manakala faktor penyebab pigmentasi ialah pengeluaran berlebihan melanin dalam kulit.

No comments:

Post a Comment